Selasa, 29 Disember 2009

selamat hari jadi MUHAMMAD ZAHIRUDDIN



Mega

Takdir Dan Waktu

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

Sumbangan aLiZa

Ke Halaman Utama





Menara

Sayang

Sayang
Secebis kenangan
Cinta yang mencengkam dada
Sayang ianya berakhir
Dengan titisan air mata

Bara yang menyentuh rasa
Bahangnya masih terasa
Sayang yang kuimpikan
Kini ditelan debu sepi

Betapa hancurnya hatiku ini
Ketika kau melangkah pergi
Terasa aku hanyalah umpama
Segenggam garam di lautan
Yang tiada harga
Yang begitu hina diri

Sayang secebis kenangan
Cinta yang mencengkam dada
Sayang ianya berakhir
Dengan titisan airmata

Sumbangan Ratna Dewani

Ke Halaman Utama

Ahad, 22 November 2009

AKU BUKAN UNTUKMU S.A.Y.AN.G

Aku Bukan Untukmu
(ku tujukan ni untuk smua bekas2 awek n EX bf2 aku)

Dahulu kau mencintaiku

Dahulu kau menginginkanku

Meskipun takkan pernah ada jawabku

Tak berniat kau tinggalkan aku


Sekarang kau pergi menjauh

Sekarang kau tinggalkan aku

Disaat ku mulai mengharapkanmu

Dan ku mohon maafkan aku


Aku menyesal t'lah membuatmu menangis

Dan biarkan memilih yang lain

Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu

Pasti itu terbaik untukmu


Janganlah lagi kau mengingatku kembali

Aku bukanlah untukmu

Meski ku memohon dan meminta hatimu

Jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku


Meski kau memohon meminta hatiku

Jangan pernah tinggalkan dirinya

Untuk diriku

Isnin, 2 November 2009

Definisi Orientasi Seksual - Mr. ANDRO,RN.'s MySpace Blog |

Definisi Orientasi Seksual
Setiap individu mempunyai orientasi seksual masing-
masing.
Biasanya kita akan mengalami perasaan romantis dantertarik secara seksual terhadap pasangan berlainan seks (heteroseksual).
Remaja menaruh perasaan terhadap seseorang danmungkin bertindak mengikut perasaan tersebut.
Terdapat pelbagai jenis orientasi seksual iaitu:
Heteroseksual- Tarikan romantik dan seksual terhadap pasangan yang berlainan seks
Biseksual- Tarikan romantik dan seksual terhadap kedua-dua jantina
Homoseksualiti- Tarikan romantik dan seksual terhadap jantina yang sama
Gay(MSM) - Suatu label yang diberikan kepada lelaki yang mempunyaitarikan seksual kepada lelaki lain
Lesbian- Suatu label yang diberikan kepada kaum wanita yang mempunyai tarikanseksual kepada wanita yang lain
Transvestisme- Lelaki yang suka memakai pakaian wanita dan mempamerkan diri dikenalisebagai pondan atau maknyah
Transeksual- Perempuan atau lelaki yang merasai diri mereka sepatutnya tergolong padaseks yang berlainan. Mereka merasakan bahawa mereka mempunyai organseksual yang salah. Justeru itu, mereka menjalani pembedahan pertukaranseks
.. ..
Soalan yang kerap ditanya tentang homoseksualiti
1. Adakah saya seorang homoseksual?
Anda mungkintertarik terhadap mereka yang sejenis dengan anda, tetapi itu tidakbermakna anda seorang homoseksual
Sekiranyaanda mempunyai hubungan romantik yang berpanjangan sesama jantina, andaakan menjurus ke arah homoseksual
Jika andamenurut kehendak nafsu untuk melakukan aktiviti seksual dengan jantinayang sama, kemungkinan besar anda seorang homoseksual
Anda tidaksemestinya seorang yang aktif dalam seksual untuk menjadi seoranghomoseksual
.. ..
2. Apakah akibat homoseksualiti?
Menderitadalam diam. Mereka hanya berpura-pura sebagai heteroseksual, berkahwin danmempunyai keluarga hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat
>Berisikotinggi untuk mendapat
Penyakitmental (kemurungan/membunuh diri)
Penyalahgunaandadah
Masalahtingkah laku
Yang paling penting, mereka berisiko tinggi untukmendapat Jangkitanseksual (STI's) jika mereka melakukan hubungan seks tanpaperlindungan
.. ..
3. Mengapa homoseksualiti tidak diterimaoleh agama dan negara?
Homoseksualitidianggap bertentangan dengan lumrah kehidupan
Ianyabercanggah dengan fungsi reproduktif yang semula jadi
Di Malaysia,semua agama utama melarang perlakuan gay dan lesbian. Homoseksualitiadalah salah di sisi undang-undang
.. ..
4. Bagaimana anda membantu mereka yanghomoseksual?
Anda perlupeka mungkin ada rakan sebaya anda sedang menghadapi konflik denganorientasi seksual mereka. Sentiasa sensitif terhadap perasaan mereka
Mereka jugamempunyai perasaan seperti orang lain. Oleh itu, mereka berhak diberilayanan yang sama seperti orang lain
Janganmendiskriminasikan rakan sebaya anda berasaskan orientasi seksual mereka.Elakkan diri atau rakan sebaya anda melabelkan mereka dengan panggilanseperti "pondan", "bapok" atau "lembut"
.. ..
5. Bagaimana homoseksualiti disabitkandengan AIDS?
AIDS mulasekali dikesan di kalangan lelaki homoseksual
Perbuatanliwat boleh mencederakan dubur dengan mudah
Oleh itu,virus HIV mudah menjangkiti lapisan permukaan dubur
.. ..
6. Adakah homoseksualiti satu penyakit?
Tidak,homoseksual bukan satu penyakit
Ia tidakdijangkiti atau berjangkit
Homoseksualitijuga TIDAK dianggap sebagai masalah kesihatan mental olehPertubuhan Kesihatan Sedunia dan Persatuan Psikiatri Amerika
Hubunganseks yang tidak selamat mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit
.. ..
7. Apa yang boleh dibuat sekiranya sayaseorang homoseksual?
Dapatkanbantuan dari pusat atau institusi yang menyediakan khidmat sokongan
Anda mungkinboleh berubah sekiranya anda mahu
Siladapatkan nasihat sama ada dari anggota kesihatan, kaunselor di sekolah,pakar psikologi atau menghubungi badan-badan bukan kerajaan seperti BEFRIENDERS
.. ..
Akibat
Jika anda memilih heteroseksual anda tergolongdalam kumpulan kebanyakan.
Jika anda memilih homoseksualiti atau biseksualanda patut sedar yang anda memilih untuk kurang diterima oleh masyarakat.
.. ......
..
Di Petik Dari : My Healthcare
..
..

Rabu, 23 September 2009

HARI RAYA AIDILFITRI 1430

ASKUM U ALL...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN YA...DI SINI ZAHIR INGIN MEMOHON KEMAAFAN N HALAL DUNIA AKHIRAT YA KEPADA:
BONDA ZAHIR(PUAN MAYATI)&KELUARGA NO.1
MAMA ZAHIR(MAMA SAL)&KELUARGA NO.2
MAK ROSIAH&KELUARGA PLKN
ABG AZRI(ABANG THE BEST OF WORLD&HEREAFTER)GURU2 SMKRP,SKRP&BARISAN JURULATIH PLKN NILAM EHSAN BIDOR ,PERAK..
SERTA RAKAN2 DI PLKN,SKRP,SMKRP,YG MENGENALI ZAHIR DAN X..
OPS SBLM TRLUPA BUAT
CYG LOVELY ZAHIR(SHAMSURI MUHAMMAD...B LOVE U CYG......MMUAAAAAAAAAHHHH2)

SAMPAI JUMPA LAGI YA...DADADA..ASKUM DRPD ZAHIR

Sabtu, 12 September 2009

Cara Untuk Tahu Bagaimana Lelaki Itu Gay?

1. Mamat yang metrosexual dan berbadan tough
2. Yang jenis agak agak lembut cara percakapan, bila tengok jantan lain yg hensem, lagak macam cacing kepanasan inginkan belaian sayang songsang
3. Kalau kat dalam komuter atau lrt, kalau tangan dia bergesel dengan tangan anda lelaki Melayu dan stay di situ saja, confirm 100% orang tu gay
4. Anda lelaki bila dia tengok kita, kita tengok dia balik, bila kita tengok dia balik, dia pandang tempat lain macam dia tu macho, ini yang jenis alpha male..
5. You can’t judge a book by its cover but you can tell a look by its lover hanya Gay ada sensor aura menatang benda ni.

6. Tambahan..kalau pergi opis anda Lelaki…
1. baju kemeja body fit, branded..jenama famous renoma or padini
2. kasut petak munjung hujung punyerlah panjang…
3. pakai perfume mahal2 laa…lelaki str8 tak suka sgt bau wangi2 nie..
4. rambut stylo…fesyen ala2 gayboi..spicky..
5. pakaian aeksesori spt cincin and gelang tangan
6. Suka dengar lagu Mariah Carey pasang dalam kereta

Rabu, 9 September 2009



MUTAKHIR
6,804 pelatih ingkar akan jalani PLKN pengambilan akan datang

BIDOR: Seramai 6,804 pelatih yang didapati ingkar untuk menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan menjalani latihan tersebut pada pengambilan akan datang yang bermula awal tahun depan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak lagi memberikan kelonggaran dan peserta yang masih ingkar untuk menjalani PLKN sesi akan datang perlu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat tidak melebihi 240 jam selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628) yang dibentangkan pada persidangan Parlimen lalu. "Kerajaan bersetuju menggantikan hukuman penjara dan denda kepada pelatih yang disabitkan kesalahan di bawah akta ini dengan Perintah Khidmat Masyarakat tersebut.
"Saya mengharapkan kelonggaran dengan adanya akta ini diberikan penghargaan oleh peserta-peserta yang selama ini dapat melepaskan diri dengan pelbagai alasan untuk tidak menyertai PLKN," katanya selepas majlis perasmian penutup PLKN Siri 6/2009 di Kem PLKN Nilam Ehsan di sini, hari ini. Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil turut hadir pada majlis perasmian penutup berkenaan yang disertai seramai 750 orang pelatih dari Kem PLKN Nilam Ehsan, Bidor; Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai dan Kem PLKN Sentosa, Tapah serta turut berjalan serentak di 83 Kem PLKN di seluruh negara. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan menghantar misi bantuan gempa bumi di Pulau Jawa seperti mana misi bantuan yang dihantar ketika tsunami di Aceh dan gempa bumi di Yogyakarta sebelum ini.

Isnin, 1 Jun 2009

KAUNSELING REMAJA bersama Dr. Sapora Sipon
Jika anda menghadapi masalah percintaan, pembelajara, kewangan, keluarga dan perkara peribadi yang sukar diselesaikan, pakar kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama dan alamat penuh kepada ruangan :
Pengelola Kaunseling Remaja,Harian Metro, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.E-mel: rencana@hmetro.com.my

KONFLIK JIWA SISWA GAY

SAYA pelajar lelaki IPTA dan mengalami masalah tertarik dengan golongan sejenis atau gay. Perkara itu saya alami sejak di sekolah rendah tetapi tidak perasan. Ketika di sekolah menengah dan tinggal di asrama, saya semakin jelas dengan masalah ini.Perwatakan saya sedikit lembut kerana dibesarkan keluarga angkat yang semua anak perempuan. Sifat lembut dan minat terhadap golongan sejenis menyebabkan ada beberapa rakan seasrama cuba 'menggoda'.
Ketika di tingkatan satu, saya mampu menepis segala godaan tetapi ketika di tingkatan dua, saya terlanjur dengan beberapa rakan kerana ketagihan.Semasa di tingkatan tiga, saya menjadi mangsa buli rakan di sekolah baru kerana sikap saya yang sensitif. Saya cemburu dengan pasangan saya yang turut meminati lelaki lain. Akibatnya, hubungan kami terputus.Sejak itu juga saya tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapapun kerana masih rindu dan mencintainya.Saya tahu perkara ini salah dan dosa besar sebagai umat Islam. Saya berusaha menyukai perempuan, tetapi gagal. Jika bertembung dengan lelaki kacak, saya mudah tergoda.Jika ikutkan hati, saya pasti memikat lelaki itu tetapi lelaki bukan untuk lelaki.Saya tidak mampu melawan nafsu, jadi saya melayari laman web gay di internet untuk memuaskan nafsu.Saya risau memikirkan masa depan kerana saya harapan keluarga. Apa akan terjadi jika keluarga mahu saya berkahwin?Saya bukan enggan berkahwin, cuma risau untuk menunaikan kewajipan batin terhadap bakal isteri.Jiwa saya tetap menyukai lelaki dan sentiasa menanti kehadiran kekasih bernama lelaki.Bantulah saya Dr kerana saya ingin mengubah semua ini demi masa depan saya dan keluarga.

Gay Boy,Kedah

DR memahami konflik yang adik alami. Individu yang punya masalah seperti adik sering berasa terperangkap antara keinginan emosi dan naluri seksualiti dengan rasa atau berdosa atas tuntutan agama dan masyarakat. Konflik ini memerangkap dan membuatkan kehidupan adik tidak menentu.Dr juga faham bagaimana kerisauan yang adik alami berkaitan masa depan. Ini kerana sebagai harapan keluarga, adik mahu menjalani kehidupan normal dan berkahwin. Sebagai permulaan, adik mungkin boleh bermula dengan tidak mengharapkan kehadiran seorang kekasih bernama lelaki. Penuhkan minda dengan mengatakan bahawa lelaki dicipta bukan untuk lelaki dan sudah lumrah kehidupan pasangan seorang lelaki adalah perempuan.Perasaan untuk disayangi dan dicintai adalah perasaan yang normal dan wujud dalam sanubari setiap manusia. Namun, masalahnya, perasaan cinta adik itu wujud untuk kaum sejenis.Apabila ini berlaku, ia pasti akan menjadi konflik dan masalah kerana agama melarang hubungan sejenis. Masyarakat juga menghalang perhubungan sedemikian. Dalam hal ini, ada sebab-sebab tertentu mengapa Islam melarang hubungan sejenis. Kegiatan homoseksual dikaitkan dengan institusi kekeluargaan. Masyarakat akan musnah dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini akan mengurangkan jumlah penduduk dalam masyarakat.Golongan ini juga sering dipertanggungjawabkan terhadap gejala kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti Aids dan STD.Walaupun jangkitan Aids dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, namun golongan homoseksual sering dikatakan sebagai penyebab utama.Ada banyak sebab mengapa seseorang itu terbabit dalam aktiviti homoseksual. Antaranya, persekitaran dan proses pembelajaran sewaktu membesar.Faktor ini mempengaruhi adik menjadi salah seorang homoseksual kerana sikap adik yang lemah lembut, di besarkan keluarga angkat yang anak-anaknya semua perempuan.Selain itu, kehidupan tinggal di asrama yang dikelilingi jantina yang sama dari sudut logiknya berupaya mempengaruhi aktiviti perhubungan sejenis.Ada pandangan lain yang mengaitkan dengan faktor biologi iaitu perasaan dan nafsu terhadap kaum sejenis terhasil disebabkan oleh bahan kimia serta hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan).Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.Kegiatan homoseksual berlaku di zaman Nabi Luth a.s yang mana pada ketika itu, gejala seks, perkahwinan dan percintaan antara lelaki dan lelaki berlaku seperti mana dalam Surah al-Araf, ayat 80 dan 81 yang bermaksud:Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oelh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?'. Sesungguhnya, kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kami ini adalah kaum yang melampaui batas.Untuk berubah, banyak cara yang boleh adik lakukan untuk mengurangkan keinginan hubungan sejenis dan bukannya dengan melayari laman-laman web lucah.Melakukan perubahan dalam hidup buak sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi ia juga bukan sesautu yang mustahil. Oleh itu, yakinlah pada diri sendiri.Antara kaedah saintifik untuk berubah ialah dengan menggunakan kaedah terapi aversi. Terapi ini adalah satu bentuk modifikasi tingkah laku menggunakan rangsangan yang menyakitkan dalam usaha membantu pesakit mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki. Terapi ini bagaimanapun dianggap kurang beretika kerana ia menyakitkan. Namun, dalam konteks ini, adik boleh menggunakan terapi ini apabila keinginan untuk melayari web gay timbul. Begitu juga apabila adik tergoda melihat lelaki yang kacak.Cara lain melalui penulisan jurnal. Kaedah ini membolehkan adik menulis apa saja mengenai pengalaman dan luahan rasa serta harapan adik dalam bentuk penulisan. Keinginan adik untuk menjauhi aktiviti homoseksual juga boleh ditulis di dalam jurnal ini.Untuk mengelak dari memikirkan keinginan seks pula, adik boleh memenuhi kehidupan adik dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan.Dari sudut agama, minta keampunan Allah dan banyak beristighfar dan bertaubat.Adik juga perlu menyesali perbuatan songsang dan membencinya semata-mata kerana takut akan azab Allah. Dalam masa yang sama, mengharapkan belas ehsan, rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebutan dan lafaz istighfar bukan setakat di mulut, tetapi hati kita turut menangis menginsafi dosa dan azab Allah. Akhir sekali adik mesti bertekad untuk tidak mengulanginya dan mohonlah supaya Allah berikan adik kekuatan untuk menghindarinya.Dr faham, bukan mudah untuk melakukan perubahan pada diri adik tetapi Dr akan sentiasa mendoakan adik mendapat hidayah Allah swt untuk menjadi insan-Nya yang benar-benar mendapat petunjuknya.

Khamis, 28 Mei 2009


RENCANA UTAMA
Jenayah moral paling serius
Adakah percambahan pembukaan kelab-kelab gay di seluruh negara sebagai petanda kewujudan kelompok homoseksual di negara ini?
HUBUNGAN seks songsang boleh mengundang pelbagai penyakit jangkitan kelamin yang serius.
LAZIMNYA istilah homoseksual merujuk kepada kecenderungan hubungan seksual sesama jantina iaitu lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan.
Homoseksualiti biasanya akan dibandingkan dengan heteroseksualiti dan biseksualiti.
Secara tradisi, istilah gay digunakan untuk merujuk kepada lelaki homoseksual sementara lesbian bagi merujuk kepada wanita golongan ini.
Di Barat, kelakuan atau tarikan seksual sesama jantina ini menular bebas sehinggakan menjadi satu gaya hidup.
Hari ini, gaya hidup gay yang lebih cenderung dikaitkan kepada hubungan lelaki sesama lelaki turut menjadi ikutan di negara ini. Adakah petanda kewujudan kelompok ini dengan bercambahnya pembukaan kelab-kelab gay di seluruh negara?
Kosmo! baru-baru ini mendedahkan kemunculan komik gay yang dijual secara terang-terangan. Meskipun harganya mencecah RM50 senaskhah, laporan itu menyebut komik berkenaan laris dibeli oleh golongan muda yang berumur 25 tahun ke atas.
Antara kelab gay dan komik gay, mungkin ada yang bertanya apakah gaya hidup ini sudah diterima masyarakat Malaysia?

Pengamal perubatan yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, trend amalan homoseksual di negara ini semakin membimbangkan.
Penularan kecenderungan hubungan sesama sejenis ini dapat dilihat dengan wujudnya kelab-kelab gay di seluruh negara.
Dalam al-Quran katanya, menyebut Allah swt membalas dengan menghancurkan umat Nabi Luth yang mengamalkan hubungan homoseksual.
"Tidak ada jalan pengampunan kepada perbuatan yang songsang sehingga ia menimbulkan kemurkaan Allah swt yang kita tahu bersifat penyayang lagi amat mengasihani," kata Maamor.
FENOMENA homoseksual yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia perlu ditangani dengan tegas.
Dari segi kesihatan, beliau menyatakan, amalan homoseksual yang melibatkan hubungan seksual menerusi dubur menimbulkan pelbagai risiko kepada setiap pelakunya dan pasangannya.
"Setiap organ tubuh manusia dilengkapi dengan sistem yang cukup sempurna. Ini termasuk darah, saraf, imuniti dan sistem-sistem lain yang sesuai fungsinya. Sistem peranakan, alat kelamin wanita dan hormon adalah berbeza daripada orang lelaki.
"Ada sel-sel khusus untuk memastikan fungsi tersebut dapat dilaksanakan dengan penuh kesempurnaan. Malangnya, apabila manusia sesat daripada sistem tersebut dan melakukan perkara-perkara songsang," jelasnya.
Menurut beliau, sistem saluran usus perut yang bermula dari mulut dan berakhir di dubur dilengkapi dengan sel-sel yang sesuai untuk penyerapan dan pencernaan makanan.
"Sistem pergerakan otot yang berirama ini dikenali sebagai peristalsis yang bergerak dari atas ke bawah. Apabila sistem ini disongsangkan, misalnya menerusi hubungan seksual menerusi dubur akan mengundang kerosakan kepada fizikal, emosi dan kerohanian.
"Memandangkan sistem itu tidak disediakan untuk tujuan yang songsang, ia mengundang pelbagai penyakit seperti AIDS, hepatitis, buasir dan jangkitan bakteria dalam darah," jelas Maamor.
Beliau berkata, hubungan seks songsang itu juga boleh mengundang pelbagai penyakit yang ditakrifkan penyakit jangkitan kelamin (STD).

Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad memberi pandangan bahawa homoseksual perlu dilihat sebagai satu kesalahan jenayah dan moral yang serius.
"Tidak ada bezanya homoseksual ini dengan perbuatan zina. Untuk itu, amalan homoseksual ini perlu dibanteras. Langkah pencegahan perlu diambil dan hukuman perlu dilaksanakan," kata Yusri.
Menurut beliau, pintu-pintu yang boleh membawa seseorang itu kepada gejala yang tidak bermoral itu juga perlu ditutup.
"Kalau ada tempat atau pusat yang dikenal pasti menjadi pusat kegiatan atau aktiviti kelompok homoseksual, tindakan perlu diambil segera. Mungkin dengan menarik balik lesen perniagaan.
"Laman web atau majalah yang mungkin ada kecenderungan atau memberi ruang untuk mesej yang berbau homoseksual juga perlu dipantau dan tindakan yang wajar dikenakan," katanya.
Yusri juga berkata, pihak berkuasa boleh melakukan operasi pencegahan maksiat homoseksual seperti yang lazimnya digerakkan untuk membanteras penagihan dadah terutama di pusat-pusat hiburan.
ADAKAH gaya hidup seperti sudah diterima oleh masyarakat Malaysia?
Dalam hal ini, tambahnya, kewajarannya ialah untuk kerajaan bersikap tegas dan tidak terikut-ikut dengan negara Barat yang cenderung memberi kebebasan kepada amalan berkenaan.
Yusri juga mahu pihak berkenaan memantau artis atau pelakon yang menonjolkan watak-watak 'lembut' dan seumpamanya.
"Kita tak kata semua yang lembut itu gay tetapi ramai yang terlibat dengan songsang adalah daripada kumpulan tersebut.
"Kita tak mahu mereka ini ditonjol atau dijulang sebagai contoh," tegasnya.
Jelasnya, fenomena homoseksual ini yang bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia perlu ditangani dengan pantas dan tegas. - Bernama

Selasa, 19 Mei 2009

YAHOO...ALHAMDULLILAH AKHIRNYA DPT PLKN!!!


Tahniah dan Selamat Maju Jaya!
NOKP : 911229105749
NAMA : MUHAMMAD ZAHIRUDDIN MAULA RAHAIRUDIN
KUMPULAN: 3
PICKUP POINT : TEMPAT LETAK KERETA W1-W4, STADIUM SHAH ALAM, SHAH ALAM
NEGERI PKP : SELANGOR
NAMA KEM : KEM PLKN NILAM EHSAN, BIDOR
ALAMAT KEM1 : BIDOR
ALAMAT KEM2 :
ALAMAT KEM3 :
POSKOD KEM : 35500
BANDAR KEM : BIDOR
NEGERI KEM : PERAK
TARIKH LAPOR : 17/06/2009
MASA LAPOR : 9.30 PAGI

Rabu, 6 Mei 2009

WELCOME TO http://MUHDZAHIRUDDIN.BLOGSPOT.COM

SELAMAT DATANG KE BLOG YG SELAMA INI ZAHIR IDAM2KN MEMBUATNYA.....AKHIRNYA TERLAKSANA JUGA(05.05.2009,08.30PM)ZAHIR UPDATE KADANG2 JE TAU U ALL...CZ ZAHIR ON9 KT CC N CARREFOUR KLANG,ZAHIR HARAP U ALL PAHAM



....OKLAH U ALL ZAHIR NAK BLIK UMAH DLU YA....ASALAMUALAIKUM&BYE2,LOVE U ALL..MMUAHHHHHHH...

Selasa, 5 Mei 2009

PEMERGIAN YANG TIADA KEMBALI....

AL FATIHAH KU SEDEKAHKAN KEPADA ARWAH ABAH KU(HJ.RAHAIRUDDIN),NENEK KU(MASAILAH BT.HJ NAWAWI),ATUK KU(TELAS B.PASBONO),DAN KEPADA IBU ABG ANGKATKU(ABG.ABU)...AL FATIHAH
semoga roh2 mereka ditempatkn bersama2 orang-orang yg beriman...amin2.