Isnin, 1 Jun 2009

KAUNSELING REMAJA bersama Dr. Sapora Sipon
Jika anda menghadapi masalah percintaan, pembelajara, kewangan, keluarga dan perkara peribadi yang sukar diselesaikan, pakar kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sedia membantu. Hantarkan masalah anda lengkap dengan nama dan alamat penuh kepada ruangan :
Pengelola Kaunseling Remaja,Harian Metro, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.E-mel: rencana@hmetro.com.my

KONFLIK JIWA SISWA GAY

SAYA pelajar lelaki IPTA dan mengalami masalah tertarik dengan golongan sejenis atau gay. Perkara itu saya alami sejak di sekolah rendah tetapi tidak perasan. Ketika di sekolah menengah dan tinggal di asrama, saya semakin jelas dengan masalah ini.Perwatakan saya sedikit lembut kerana dibesarkan keluarga angkat yang semua anak perempuan. Sifat lembut dan minat terhadap golongan sejenis menyebabkan ada beberapa rakan seasrama cuba 'menggoda'.
Ketika di tingkatan satu, saya mampu menepis segala godaan tetapi ketika di tingkatan dua, saya terlanjur dengan beberapa rakan kerana ketagihan.Semasa di tingkatan tiga, saya menjadi mangsa buli rakan di sekolah baru kerana sikap saya yang sensitif. Saya cemburu dengan pasangan saya yang turut meminati lelaki lain. Akibatnya, hubungan kami terputus.Sejak itu juga saya tidak menjalinkan hubungan dengan sesiapapun kerana masih rindu dan mencintainya.Saya tahu perkara ini salah dan dosa besar sebagai umat Islam. Saya berusaha menyukai perempuan, tetapi gagal. Jika bertembung dengan lelaki kacak, saya mudah tergoda.Jika ikutkan hati, saya pasti memikat lelaki itu tetapi lelaki bukan untuk lelaki.Saya tidak mampu melawan nafsu, jadi saya melayari laman web gay di internet untuk memuaskan nafsu.Saya risau memikirkan masa depan kerana saya harapan keluarga. Apa akan terjadi jika keluarga mahu saya berkahwin?Saya bukan enggan berkahwin, cuma risau untuk menunaikan kewajipan batin terhadap bakal isteri.Jiwa saya tetap menyukai lelaki dan sentiasa menanti kehadiran kekasih bernama lelaki.Bantulah saya Dr kerana saya ingin mengubah semua ini demi masa depan saya dan keluarga.

Gay Boy,Kedah

DR memahami konflik yang adik alami. Individu yang punya masalah seperti adik sering berasa terperangkap antara keinginan emosi dan naluri seksualiti dengan rasa atau berdosa atas tuntutan agama dan masyarakat. Konflik ini memerangkap dan membuatkan kehidupan adik tidak menentu.Dr juga faham bagaimana kerisauan yang adik alami berkaitan masa depan. Ini kerana sebagai harapan keluarga, adik mahu menjalani kehidupan normal dan berkahwin. Sebagai permulaan, adik mungkin boleh bermula dengan tidak mengharapkan kehadiran seorang kekasih bernama lelaki. Penuhkan minda dengan mengatakan bahawa lelaki dicipta bukan untuk lelaki dan sudah lumrah kehidupan pasangan seorang lelaki adalah perempuan.Perasaan untuk disayangi dan dicintai adalah perasaan yang normal dan wujud dalam sanubari setiap manusia. Namun, masalahnya, perasaan cinta adik itu wujud untuk kaum sejenis.Apabila ini berlaku, ia pasti akan menjadi konflik dan masalah kerana agama melarang hubungan sejenis. Masyarakat juga menghalang perhubungan sedemikian. Dalam hal ini, ada sebab-sebab tertentu mengapa Islam melarang hubungan sejenis. Kegiatan homoseksual dikaitkan dengan institusi kekeluargaan. Masyarakat akan musnah dan unsur-unsur negatif akan disalurkan dalam institusi kekeluargaan homoseksual. Ini akan mengurangkan jumlah penduduk dalam masyarakat.Golongan ini juga sering dipertanggungjawabkan terhadap gejala kurang sihat dan kepelbagaian masalah kesihatan seperti Aids dan STD.Walaupun jangkitan Aids dan STD disebabkan oleh pelbagai faktor, namun golongan homoseksual sering dikatakan sebagai penyebab utama.Ada banyak sebab mengapa seseorang itu terbabit dalam aktiviti homoseksual. Antaranya, persekitaran dan proses pembelajaran sewaktu membesar.Faktor ini mempengaruhi adik menjadi salah seorang homoseksual kerana sikap adik yang lemah lembut, di besarkan keluarga angkat yang anak-anaknya semua perempuan.Selain itu, kehidupan tinggal di asrama yang dikelilingi jantina yang sama dari sudut logiknya berupaya mempengaruhi aktiviti perhubungan sejenis.Ada pandangan lain yang mengaitkan dengan faktor biologi iaitu perasaan dan nafsu terhadap kaum sejenis terhasil disebabkan oleh bahan kimia serta hormon yang dikeluarkan dalam badan (luar kawalan).Bagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan dan tidak dapat dibuktikan secara menyeluruh oleh pakar dalam bidang ini.Kegiatan homoseksual berlaku di zaman Nabi Luth a.s yang mana pada ketika itu, gejala seks, perkahwinan dan percintaan antara lelaki dan lelaki berlaku seperti mana dalam Surah al-Araf, ayat 80 dan 81 yang bermaksud:Dan Nabi Luth juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: 'Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oelh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?'. Sesungguhnya, kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan, bahkan kami ini adalah kaum yang melampaui batas.Untuk berubah, banyak cara yang boleh adik lakukan untuk mengurangkan keinginan hubungan sejenis dan bukannya dengan melayari laman-laman web lucah.Melakukan perubahan dalam hidup buak sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi ia juga bukan sesautu yang mustahil. Oleh itu, yakinlah pada diri sendiri.Antara kaedah saintifik untuk berubah ialah dengan menggunakan kaedah terapi aversi. Terapi ini adalah satu bentuk modifikasi tingkah laku menggunakan rangsangan yang menyakitkan dalam usaha membantu pesakit mengurangkan sesuatu tingkah laku yang tidak dikehendaki. Terapi ini bagaimanapun dianggap kurang beretika kerana ia menyakitkan. Namun, dalam konteks ini, adik boleh menggunakan terapi ini apabila keinginan untuk melayari web gay timbul. Begitu juga apabila adik tergoda melihat lelaki yang kacak.Cara lain melalui penulisan jurnal. Kaedah ini membolehkan adik menulis apa saja mengenai pengalaman dan luahan rasa serta harapan adik dalam bentuk penulisan. Keinginan adik untuk menjauhi aktiviti homoseksual juga boleh ditulis di dalam jurnal ini.Untuk mengelak dari memikirkan keinginan seks pula, adik boleh memenuhi kehidupan adik dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan.Dari sudut agama, minta keampunan Allah dan banyak beristighfar dan bertaubat.Adik juga perlu menyesali perbuatan songsang dan membencinya semata-mata kerana takut akan azab Allah. Dalam masa yang sama, mengharapkan belas ehsan, rahmat serta kasih sayang-Nya. Sebutan dan lafaz istighfar bukan setakat di mulut, tetapi hati kita turut menangis menginsafi dosa dan azab Allah. Akhir sekali adik mesti bertekad untuk tidak mengulanginya dan mohonlah supaya Allah berikan adik kekuatan untuk menghindarinya.Dr faham, bukan mudah untuk melakukan perubahan pada diri adik tetapi Dr akan sentiasa mendoakan adik mendapat hidayah Allah swt untuk menjadi insan-Nya yang benar-benar mendapat petunjuknya.